Webinar Khas Kempen Internet Selamat (Perang Melawan Berita Palsu)

9 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Julai 2026, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar NADI X Cyberecurity 2026. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama 1 jam 30 minti, bermula pada 3.00 petang hingga 4.30 petang.

Webinar Khas Kempen Internet Selamat 17: "Sahkan Sebelum Sebar: Perang Melawan Berita Palsu" memberi penekanan kepada kepentingan menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum dikongsi di media sosial atau aplikasi komunikasi. Peserta didedahkan dengan cara mengenal pasti berita palsu, menyemak sumber rasmi, serta menggunakan pemikiran kritis bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang mengelirukan. Webinar ini turut mengingatkan bahawa setiap pengguna internet mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan beretika. Melalui amalan "Sahkan Sebelum Sebar", masyarakat dapat membantu membendung penyebaran berita palsu, meningkatkan literasi digital, serta mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat, berinformasi dan bertanggungjawab.

Webinar ini dilihat mampu untuk memberi pendedahan awal kepada kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi. Meningkatkan literasi digital dan kompetensi keselamatan siber. Mendapat ilmu terus daripada pakar industri sebenar. Selain itu, menggalakkan minat dan penyertaan dalam program lanjutan. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali